Amalkan Ayat 128-129 Surah At-Taubah dan Rasakan Kedahsyatannya

Kedahsyatan surat at-Taubah ayat 128-129 ini dicerikan oleh orang yang pernah mengamalkannya, seperti berikut ini:

Masya Allah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.

Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini.

Inilah buktinya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.



Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Arti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Arti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.